IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

Thursday 3 October 2013

KEPENTINGAN VITAMIN~



Menjalani kehidupan harian di zaman serba pantas kadang kala membuatkan kita terlepas pandang untuk menjaga tubuh badan bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit yang tidak kita jangka.

Tiada istilah tidak sempat sebenarnya.. antara MAHU atau TIDAK MAHU sahaja.  Tubuh badan harus dijaga dengan baik. Pengambilan supplemen amatlah penting bagi kita yang sentiasa sibuk dan kurang masa untuk mengambil makanan penuh nutrisi. Supplemen adalah substitute kepada makanan nutrisi. Jika anda tidak mengambil supplemen, anda perlu menyediakan makanan nutrisi setiap hari. Bukankah tanggungjawab kita untuk memelihara kesihatan tubuh badan sebaik mungkin?

Tuntutan kerja harian yang padat ditambah lagi dengan keletihan menguruskan hal rumahtangga mahupun anak-anak, mungkin anda perlu fikirkan untuk mengambil vitamin-vitamin yang akan mengurangkan stress dan risiko penyakit.

Antara kepentingan vitamin:

  1. Vitamin B Complex, Vitamin E dan Vitamin C dapat membantu anda mengurangkan stress, keletihan dan sakit kepala di samping dapat berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan penuaan kulit.
  2. Vitamin D, kalsium dan magnesium mengurangkan risiko osteoporosis.
  3. Vitamin C dan Zinc dapat membantu anda mengurangkan risiko selsema dan meningkatkan tahap imun dalam badan anda.
  4. Vitamin C, D, Kalsium dan Magnesium amat diperlukan oleh seorang perokok kerana perokok sering dikaitkan dengan osteoporosis. SEBAIK-BAIKNYA BERHENTILAH MEROKOK!
  5. Vitamin B Complex juga dapat membantu menormalkan tekanan darah dan mengatasi Gout
  6. Minyak ikan – Omega 3 dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Minyak ikan boleh menurunkan tahap kolestrol dalam tubuh kita selain berfungsi menyurutkan bengkak dan radang.
  7. Zinc Complex juga dapat mengurangkan keguguran rambut dan dapat meningkatkan tahap kesuburan lelaki.

Banyak lagi fungsi-fungsi vitamin. Next entri nanti boleh share lagi.

No comments:

Post a Comment