IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

Saturday 20 August 2016

Sambungan....TIPS UNTUK MENGELAKKAN ANAK-ANAK LEKA DENGAN GADJET

.....................

5.  Beli biji benih apa-apa tumbuhan yang disukai. Buat aktiviti bercucuk tanam bersama anak-anak. Tidak mengapalah bergelumang dengan kotor sesekali. Beri anak-anak ruang mengenali alam. Dan tunjukkan mereka hasil tanaman seminggu sekali. Sambil bercucuk tanam, perkenalkan mereka dengan cacing tanah, siput, kumbang, rama-rama atau apa sahaja serangga/haiwan kecil yang berkemungkinan mengganggu tanaman. Contoh tanaman mudah ialah daun bawang, daun sup, daun kunyit, daun pandan dan lain-lain.

6.  Berikan sedikit masa kita untuk anak-anak bermain air. Contohnya, sediakan air di dalam besen besar dan sediakan seberapa banyak barangan yang boleh diletakkan di dalam  besen berisi air. Minta anak perhatikan barang apakah yang timbul dan tenggelam. Terangkan mengapa.

7.  Kinetic sand juga bagus untuk perkembangan motor halus anak-anak. Biasanya saya beri anak-anak bermain kinetic sand pada hari cuti. Seminggu sekali. Dan biasanya mereka akan leka bermain selama 3-5 jam. Tetapi, ibu perlu selalu pantau anak-anak ya. Bentangkan tikar besar di dapur, biarkan mereka enjoy bermain pasir sambil ibu memasak untuk anak-anak.


8. Ajak anak-anak menonton televisyen bersama-sama. Sudah tentulah tentang sesuatu yang ilmiah. Contohnya, rancangan National Geographic yang sarat dengan info hidupan lain selain manusia. Bagaimana mereka survive dan mengapa mereka tidak tinggal bersama manusia. Rancangan sarat dengan ilmu, seperti Art Attack dan Backyard Science. Rancangan keagamaan juga penting seperti Qari Junior. Sediakan masa untuk menonton bersama anak-anak. Dan siapkan diri  untuk menerima soalan-soalan luar jangkaan daripada anak-anak. Mereka suka bertanya dan menunjukkan otak mereka sedang berkerja.

Selamat berusaha! 

Anak SIHAT. Anak BIJAK. >>>>>http://bit.ly/2b5WZtH<<<<<

No comments:

Post a Comment