IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

IMPIKAN KESIHATAN DIRI DAN YANG DISAYANGI??

Wednesday 17 August 2016

TIPS UNTUK MENGELAKKAN ANAK-ANAK LEKA DENGAN GADJET

Sedia maklum zaman sekarang ni memang anak-anak terdedah dengan gadjet-gadjet yang ibubapa nampak boleh melekakan anak-anak. Bila diberikan gadjet seperti iPad dan sebagainya anak-anak automatik akan duduk diam. Sedar atau tidak sekiranya perkara/perbuatan ini berlarutan akan mengganggu kebolehan anak-anak untuk bersosial secara sihat dengan orang sekeliling dan membantutkan daya explorer anak-anak. Terlebih dahulu saya mohon maaf sekiranya ada di antara perkataan saya melukakan hati pembaca. Dengan rasa rendah diri, saya kongsikan serba sedikit cara saya melekakan anak-anak saya dengan cara saya. Saya tidak pernah membelikan ipad/hphone untuk mereka apatah lagi berjanji untuk membelikan.

*Segala tips yang disenaraikan adalah cara saya sendiri mendidik anak-anak saya. Segala yang baik bolehlah dijadikan tauladan. Segala yang dirasakan kurang sesuai, janganlah diikut.

1. Sediakan alat tulis dan drawing block/kertas A4. Berikan kepada anak-anak dan biarkan mereka melakar apa yang mereka suka. Biasanya kanak-kanak anak melukis mengikut apa yang mereka gambarkan. Berikan pujian kepada anak-anak setelah mereka melakar.

2.  Ajak mereka membantu ibu memasak di dapur. Bukanlah bermakna mereka boleh menggunakan minyak, api dan pisau. Tetapi, sambil mengopek bawang, menghiris lada, perkenalkan kepada mereka nama-nama bahan yang berada di dapur. Terangkan mengapa dan bagaimana cara memasak. Untuk aktiviti ini, ibu perlu belajar tentang kelebihan setiap bahan. Contohnya, bawang putih adalah natural antibiotic, sayur tinggi dengan serat, ikan adalah sumber protin, nasi adalah sumber karbohidrat. Terangkan juga kepentingan meminum air masak.  Jadikan sesi memasak lebih menarik. Dan secara tidak langsung anak-anak akan belajar untuk tidak memilih makanan.

3.  Melakukan aktiviti yang mereka suka sesuai dengan umur mereka. Tak salah pun ibu bermain kejar-kejar bersama anak-anak di dalam rumah.  Atau sesekali ajak mereka beraerobik bersama. Lebih menyihatkan bukan? Mereka akan rasa gembira dan selamat bersama ibu di rumah.


4.  Membelikan buku-buku yang menarik perhatian anak-anak. Saya suka belikan buku yang penuh dengan gambar dan tidak terlalu banyak perkataan. Contoh paling sesuai ialah kamus. Belikan kamus bergambar dengan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab. Sambil mengajar anak-anak, ibu turut belajar bersama.

Eh.. ada lagi.. nanti kita sambung ya..

....BERSAMBUNG...


Usaha untuk anak sihat dan bijak>>> http://bit.ly/2b5WZtH<<<<

No comments:

Post a Comment